Tuesday, August 9, 2011

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum...Salam Ramadhan cikguadiq ucapkan kepada pengunjung yg tersingah di blog ini... rasanya belum terlembat untuk mengucapkan selamat menjalani ibadat puasa walaupun hari ini telah masuk 10 Ramadhan 1432H.... perjalanan ibadah kita masih panjang....


lama juga tak entry dalam blog ini.. suasana agak sibuk dengan tugas yg semakin banyak.. tambahan pula penghujung Julai yg lalu semua assignment perlu dihantar..dan awal ogos ini bermula musim peperiksaan utk program PJJ yg diikuti...mood utk menulis agak malas.....

Awal bulan ini... semua umat islam mula menjalani ibadah puasa selama sebulan... syukur kerana diberikan kekuatan dan kemanpuan untuk menlaksanakan tuntutan agama.. dan dua puluh hari lagi.. Insyaallah umat islam akan beraya tanda kemenangan menempuh dugaan ramadhan... Dalam umat islam bergembira berpuasa dan akan berhari raya... cikguadiq telah menerima dugaan pabila ibunda tersayang telah kembali ke rahmahtullah pada subuh 2 Ramadhan 1432H kira-kira jam 6.50 pagi pada usia 74 tahun..

Sedih semenangnya sedih kerana ibu yg melahirkan dan membelai hingga dewasa pergi menghadap ilahi... namun cikguadiq pujuk hati yg lara ini dengan kata-kata.. "Biarlah emak pergi dari terus menanggung derita sakit tuanya".... Alhamdullillah.. sebak di hati dapat dibendung.. Di bulan mulia Ramadhan ini, hanya doa mengiringi ibunda.. moga rohnya dicucuri rahmat dari yg Maha Esa. dan ditempatkan bersama-sama orang yg soleh...Al-Faathiah buat ALLAHYARHAMAH BONDA HAJAH FATIMAH BT HAJI BOHARI - 15.07.1937 - 02.08.2011

Thursday, July 14, 2011

Khemah Rakan Pembaca 2011

Pada 12-13 Julai 2011, satu program anjuran PKG Pelabuhan Klang iaitu Khemah Rakan Pembaca Zon Pelabuhan Klang telah diadakan bertempat di PKG Pelabuhan Klang, SK Pelabuhan Klang. Di sini, sempat juga cikguadiq rakamkan beberapa gambar sebagai kenangan sepanjang berlansungnya Bengkel tersebut. sebenarnya program ini bertujuan untuk menjelaskan(refeshment) lagi perlaksanaan program NILAM yang telah dijalankan di sekolah selain program rakan pembaca yang baru diperkenalkan di Klang nie mulai tahun lalu....



Bersama sebahagian perserta



Peserta dalam bengkel perlaksanaan aktiviti rakan pembaca




Ketika membimbing pelajar menjalankan aktiviti



NurAmeera Aswani sedang bercerita


Peserta dari sekolah cikguadiq ketika aktiviti berlakon

Laptop oh laptop

Ha..ha.. kali nie cikguadiq nak cite pasal laptop yang buat hal... tp bukan salah laptop cuma teknikal sahaja.... cite nya macam nie... semalam, 28 Jun, hari pertama submit assingment utk semester Mei.. so dgn penuh semangat cikguadiq pun bawalah laptop g sekolah lg pon antivirus dah tamat tempoh so minta jasa baik kekawan tolong installkan...
Lepas rehat kawan cikguadiq, pun teruskan aktvt nak install antivirus.... tah macammana kontraktor yang ditugaskan oleh pihak sekolah pun masa tu lah nak upgrade pendawaian elektrik kat blok cikguadiq duduk... aduh... maka operasi memutuskan bekalan pun berlaku...tanpa notis...atau makluman kepada kami yg sedang gunakan elektrik...maka laptop pun shutdown tetiba... apabila nak onkan semula dia buat hal...
Kesian kat kawan cikguadiq tu....sebab berbagai usaha dia lakukan untuk tolong cikguadiq baiki semula program dalam laptop lastly kena juga g kedai dan reformat .. nak buat macam mana...
gelabah puyuh juga cikguadiq masa tu... sebab fikirkan 3 assignment yang dah siap dan ready utk submit tetiba labtop buat hal... masa tu kat hati tuhan sahaja yg tau... fikirkan macammana nak buat semula assingment dalam tempoh seminggu nie... tapi syukurlah semua fail tak hilang... so malam tu juga cikguadiq submit assingment bimbang berlaku lagi perkara yang tidak diingini.

Moralnya... setiap kerja yang dibuat dalam komputer nie perlulah ada backup...

Saturday, June 11, 2011

Masak lagiiii

Cuti dua minggu nie pon dah sampai penghujungnya...esok dah mula buka sekolah.. so aktvt memasak cikguadiq pon slow lah ckit.. sbb lazimnya lauk beli kat kantin sekolah ajeee...tapi sebelum cuti berakhir ari nie, cikguadiq teruskan aktvt memasak macam biasa.. ari nie masak Udang Mentega disertakan dengan tomyam daging dan kailan ikan masin... ala-ala makan kat seafood restoran la nie...



Udang goreng mentega ...





nak kongsi resipi ini...?????
Bahn2nye:

1 kg udang besar ( saiz ikut suka, kalau dpt saiz XXL lagi sedap)
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 biji lada hijau
3 @ 4 sudu mentega
2 biji putih telur
garam dan kunyit sebuk
minyak untuk mengoreng

Langkah2nye:
Basuh udang, bersihkan dan buang kepala (kalau x buang kepala pon boleh tp aku suka buang kepala). Gaulkan udang dengan garam dan kunyit serbuk. Panaskan minyak.. pastikan minyak banyak kerana udang perlu tenggelam ketika digoreng ( ala-ala deepfry)Bila minyak dah panas.. masukkan udang dan bila udang dah agak garing bolehlah angkat dan biarkan seketika. ( jgn mengoreng udang terlalu lama nanti keras so pastikan minyak betul-betul panas ketika mengoreng). sementara itu... bawang merah, bawang putih dan halia dikisar.Potong cili hijau ikut kreativiti masing-masing..Panaskan mentega dan tumiskan bahan yg dikisar hingga naik bau, masukkan udang yg telah digoreng dan cili hijau.. gaul... masukkan putih telur yg telah dipukul kembang sedikit demi sedikit. Masakan akan berbuih seketika dan gaulkan rata... cedok udang dan biarkan baki telur di dalam kuali.. biarkan agak kering dan bertali tuang keatas udang tadi... dan sedia untuk dimakan.

Friday, June 10, 2011

Air oh.. AIRRRRRRRRRRR

Hari nie Jumaat.. kol 8.30 pg cikguadiq pun sipakan sarapan untuk hubby dan anakanda yg 3 org nie... sarapan simple je..lepas 2 kupas bawang dan siang ikan bilis... sambil rebus daging nak masak kari... Siap 2...cikguadiq pun potong sayur.. suruh anak-anak mandi tapi biasalah cuti kol 9.30 baru nak mandi... tetiba angah menjerit...
Ibu...ibu....air tak de... ahhhh... macam mana nie.. umah nie xde tangki air..ada pun air yg disimpan dalam botol... beberapa botol je...tengok kolah air 3/4 penuh... ah oklah tu... 2-3 jam lagi mesti ada air.. Cikguadiq pun teruskan aktvt memasak...satu hal lagi... nak masak nasi guna air mana....Hubby pon g kedai beli lagi 12 botol airRO
1.5l... kay nie untuk masak...boleh masak air sekali...
Tunggu punya tunggu.... jam 3 petang.. air masih tak ade... cubalah telepon Puspel untuk dapatkan maklumat di talian bebas tol 1800885252.. khabarnya terdapat paip bocor di kawsan berhampiran menyebabkan bekalan air ditempat cikguadiq nie tersekat...
oklah... operator Puspel nie.. baikle bagi janji manismu... "kol 12.30 tghmlm nanti ok puan..." sabar je.. lah petang nie nak mandi kat mana???? jiwa kacau cikguadiq sekejap... kol..6.30 petang maka berangkatlah rombongan cikguadiq dan anakanda nak g tumpang mandi kat umah Pak menakan berhampiran... malangnya dia balik kg lak...so..cikguadiq pun angkut anak2 g mandi kat Plaza Tol Sungai Rasau... org tak ramai maklumkah Shah Alam xde masalah air... balik tu..cikguadiq terus tunggu kalau2 bekalan air disambung semula...tapi nampaknya hampa hingga masa cikguadiq duduk menaip enteri nie pun bekalan air masih belum disambungkan....sedihnya.....
Hati rasa nak marah... tapi nak marahkan siapa????? Syabas.... puspel.. paip tu bocor bukan salah mereka.. agaknya.. dalam jam hampir 3.30pg mereka masih lagi cuba membaiki kerosakan.. harap-harap mereka selamat...dan bekalan air dapat disambungkan segera....

Esok....subuh??????? macam mana???????

Thursday, June 9, 2011

Terima Kasih Jururawat.........TQ misi

Berbagai cerita cikguadiq dengar.. pasal komen jururawat/ misi... misi garangle... misi cerewet le... misi itu.. misi ini... tapi hakikatnya... JURURAWAT/MISI nie bukan semua macam tu... walau ada sorang dua tu.. biasalah ragam manusia tp jgnle kerana sorang dua tu yg lain pun kita labelkan sama....
Cikguadiq nie cikgi... mendidik anak bangsa untuk menjadi warga yg dapat membangunkan produtiviti negara...dan membina negara yang maju.. tapi rupanya adalagi tugas yg lebih mulia.. menyelamatkan NYAWA manusia...
Baru-baru nie.. bonda cikguadiq dimasukkan ke Hospital Daerah Kluang...biasalah hospital kerajaan .. apalah sangat layanan yg kita harapkan.. Misi kerajaan dan doktor kerajaan... awalnya fikir cikguadiq... tapi semuanya berbeza... apa nak dibanggakan dengan private hospital or nurse...layanan bagus tp duit kita pun kenalah bagus... bukan sayang duit tp xde bezanya private atau kerajaan kalau layanan sama bagus...
Bonda cikguadiq dirawat di ICU.. jururawat bertugas masa tu Safiyah ( Ikut nametag diale..) bagus orangnya.. sopan.. budibahasa.. walaupun baru tu kami jumpa tapi cara dia jaga bonda memang tiptop... 5 bintang cikguadiq bagi...
Masuk wad tanjung lak... wad nie second class..oklah.. jururawat bertugas masa tu... Azira dan Nurziwatil Aqma ( Kalau salah eja tu maaf je lah )cukup bagus melayan pesakit dan waris yg menjaga pesakit di wad itu..

So kat enteri blog nie cikguadiq nak ucap terima kasih yg tak terhingga kepada semua JURURAWAT Unit ICU dan Wad Tanjung serta DOKTOR yang merawat bonda cikguadiq
semasa beliau dirawat di HOSPITAL DAERAH KLUANG...

Terima kasih Doktor.... Terima kasih MISI...........

Putaran Hidup....


Ini gambar bonda Cikguadiq.. masa nie bonda masih sihat dan baru sahaja balik dari mengerjakan haji pada tahun 2002.. Bonda cikguadiq sihat dan cergas orangnya.. semua kerja kat umah dia yang sempurnakan.. apa tah lagi sejak ayahanda cikguadiq meninggal dunia pada tanggal 20 Mac 1997.. masa tu cikguadiq baru nak ambil SPM...Bonda tinggal kat umah dengan cikguadiq sambil menjaga beberapa orang cucunya...Makan minum kami semua bonda yg uruskan.. samapilah cikguadiq lepas STPM.. kerja kat luar.. bonda tinggal dengan cucunya Comel .... Bila cikgu adiq masuk maktab.. kat Batu Pahat.. bonda duduk umah kekanda cikguadiq diKluang tp bonda lebih suka duduk umah sendiri... walau x de ayam itik nak dijaga.. Bonda boleh bercucuk tanam...

Tahun pertama Cikguadiq mengajar.. bonda diserang angin ahmar... sebelah badannya lemah..dilengkapi dengan kencing manis dan darah tinggi.. tapi bonda kuat semangat.. penyakitnya pulih walaupun kekuatannya tidak seperti sedia kala..Pada tahun 2002, Bonda menunaikan Fardu Haji... cikguadiq dan adik beradik sangat gembira...Bonda kembali cergas dan ceria..

Tapi semenjak tahun 2008... ketika itu, umat Islam sibuk hendak menyambut hari raya aidil fitri.. bonda mula menunjukkan perubahan.. tidak lagi ceria dan mula tidak mahu bercakap... malahan cikguadiq yg balik berhari raya pun dia tak kenal... sedih sangat masa tu....
Kekanda June berusaha mengubati bonda dengan pelbagai cara tradisional dan moden...
tapi kesihatan semakin merosot hinggalah pada baru-baru nie 1 Jun 2011 bonda dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi(ICU) Hospital Kluang...komplikasi jantung dan paru-paru berkuman.. anak dan cucu bonda berkumpul dan sentiasa mendoakan kesejahteraan bonda.

Alhamdullih... selepas 3 ari di ICU bonda ditempatkan di Wad Tanjung dan kini kesihatan semakim memuaskan.. bonda telah keluar wad pada ari Rabu 8 Jun selepas 8 hari dirawat di hospital...
Terima kasih... Uda dan Angah yg menjaga bonda di hospital... terimakasih juga utk kak Cik dan Kak Teh.. yg balik menjaga bonda...

Masak ape hari nie....

Jumpa lagi... nie cikguadiq tengah rajin nak enteri dalam blog nie...maklumlah masih cuti.. so masa cuti-cuti nie kekadang pening juga nak fikir pasal menu hari-hari.. asyik makan ikan goreng..ayam goreng, daging kekadang jemu gak.. menu kampung lagi menyelerakan pucuk ubi masak lemak, sambal belacan buah kuini, ikan masin gelama dan ikan kerisi goreng... menu nie meletooop kat umah cikguadiq sebab jarang2 anakanda dapat menu macam nie...Tapi cikguadiq bukan nak kongsi menu nie sebab ala orang semua tau menu nie kan... so ari nie cikguadiq nak kongsi menu Bapaku yg diwarisi dari Arwah bapa cikguadiq sejak lebih 20 tahun yg lalu dan kini menjadi kegemaran famili cikguadiq pula...Breyani dan Ayam Masak Merah..

Nasi breyani, ayam masak merah, dalca daging dan rojak timun.





Resepi nasi breyani

Bahn2nye:
1kg beras basmathi ( Faiza basmathi / faiza Monghol )atau ikut suka
5 ulas bawang putih.
3 biji bawang merah (ikut suka jika x nak pon boleh)
2 cm halia
5 sudu minyak sapi Gee
200gm rempah beryani (Adabi)
1 biji limau nipis
1/2 tin susu sejat
Air (ikut sukatan beras)
daum ketumbar
daun pasli
gajus
kismis

Cara2nya:
Sukat beras dengan cawan yg sesuai. Basuh beras dan toskan...Bawang putih, merah dan halia diblend. Panaskan minyak sapi.. dan tumis bahan blend tadi hingga naik bau.... masukkan rempah beryani...masukkan air ikut sukatan cawan beras yg disukat ( kalau 5 cawan beras, air pun 5 cawan sahaja)dan titiskan pewarna kuning telur. Biarkan mendidih... barulah masukkan beras dan susu sejat yg dicampur dengan air perahan limau nipis, gaul perlahan agar beras tidak patah.. biarkan hingga nasi kering.Bila beras dah agak kering. masukkan daun ketumbar, daun pasli, kacang gajus dan kismis..Biar betul-betul masak dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba... resipi ini warisan dari arwah ayahanda cikguadiq yang pernah jadi tukang masak kenduri kahwin kat kampung dulu-dulu...Lain kali cikguadiq beri resipi ayam masak merah lak... banyak sangat kat enteri nie pun tak muat.....
ok... bye......

Wednesday, June 8, 2011

Menu lagi....

Ah..hai.. masih lagi mood cuti sekolah.. so aku pun rajin lah turun dapur...kalu keja kekadang lauk beli je.. so masa cuti nie aku gunakan untuk menjamu anak2 dengan resepi yg mudah tapi anak2 aku suka...So ari nie cikguadiq nak kongsi lagi resepi baru yg aku dapat dari anak sedara...SOTONG TUMIS SOS TIRAM

Resepi ini menjadi kegemaran anakanda cikguadiq yg terbaru.. masak hampir 2kg sotong pun boleh habis... anakanda cikguadiq nie time cuti nie lah banyak makan...
So kat sini aku share dengan pembaca resipi mudah ini.

Bahan2nye:

1 kg sotong
3 cm halia
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
10 biji cili padi
3 sudu sos tiram
air asam secukup rasa
minyak utk menumis

Caranya:
Bersihkan sotong dan potong memanjang... cuci bersih dan toskan airnya. Kemudian gaulkan dengan sos tiram dan perapkan selama 30minit. Potong bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi ikut cara masing2... Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dihiris hingga bangkit bau.. masukkan air asam... dan masukkan sotong.. biarkan mendidih dan sotong masak.. sedia untuk dihidang...

Bagi mereka yg jemu makan sambal sotong, kari sotong mahupun kerabu sotong bolehlah mencuba resipi ini .. mudah dan cepat disediakan...
Cikguadiq nak say thanks to Yatt Tajuddin yang share resepi ini dengan auntie dia nie.....

Tuesday, June 7, 2011

Menu Sarapan

ha.. ha.. la nie cikguadiq nak cuba lak kongsi menu sarapan pagi yang mudah dan berkhasiat. Dulu-dulu kat kampung susah nak jumpa org jual kuih ke.. nasi lemak ke apatah lagi roti canai.. so mak aku selalu buat juadah sarapan pagi dengan lempeng..nak sedap lagi, cicah dengan sambal tumis.. tapi la nie.. org dah tak berapa pandai makan lepeng sebab meka dah kenal roti canai, tosai, pizza dan macam-macam lagilah...tapi cikguadiq bagi resepi nie.. bukanlah lempeng yang mak cikguadiq buat..lempeng nie dah di upgred sikit oleh anak menantu sedara cikguadiq iaitu Chef Zahid Wagiman.Resepi lempeng nya dilengkapi dengan sambal tumis ikan bilis dari isterinya Yatt Tajuddin.. kira resepi suami isteri lah nie...Cikguadiq cuma tumpang publish je....

Lempeng bijirin

Bahan2:
1/2 kilo tepung gandum
2 cawan nestum / queker oats
garam secukup rasa
air secukupnya.
minyak utk mengoreng

Cara-caranya:
Gaulkan tepung dengan nestum/ queker oats,dan garam. Masukkan air sdikit demi sedikit hingga bancuhan agak pekat tapi boleh dileser pada kuali. Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak masak pada kuali dan bila dah panas, leserkan bancuhan pada kuali supaya menjadi leper. Bila dah kering bolehlah diangkat.

Sambal Ikan Bilis
Bahan2:
100 gm ikan bilis yg kasar
4 biji bawang merah dan 4 biji bawang putih, sedikit halia ( tumbuk lumat/ blend )
3 sudu cili giling
1 biji bawang besar ( dimayang )
air asam jawa
gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya.
Goreng ikan bilis hingga rangup dan asingkan . Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga terbit bau dan masukkan cili giling , biarkan hingga garing. Masukkan garam dan gula serta air asam jawa. biarkan mendidih.. kemudian masukkan bawang yang dimayang dan ikan bilis yang sudah digiling. Biarkan mesra kemudian sedia untuk di hidangkan...

Mudahkan.. sarapan pagi yang ringkas tapi berkhasiat.. kalau suka bolehlah cuba...
Yam..yam..yam...

Kem oh... KEM

hi... lama jugak tak update blog nie.. bukan dah lupa tp sibuk gak lah.. cuti nie lah anak sulung ku g KEM kat Kem Rimba Ria Suara Hutan... Aku dan hubby tumpang sekaki gak g KEM.. walau tak bermalam tapi seronok juga bila lihat anak daraku pandai berdikari semasa di kem.Yang paling seronok dapat mandi sungai.. walaupun airnya hanya paras lutut dan kawasan yg paling dalam pun hanya paras pinggang. Walaupun pada awalnya hati aku bimbang nak lepaskan anak daraku pergi kem tapi selepas aku lihat keseronokkannya bersama kawan-kawan aku fikir biarlah dia belajar berdikari...
Inilah anak daraku Anis Zulaikha
waktu Anis mula naik bas nak g ke KRRSH


Aktiviti mandi sungai ini bertujuan untuk menyucikan diri... bukan apa mandi aje sbb di KRRSH nie bekalan air kurang sikit so nak jimat mandi je kat sungai... free...
What ever pon .. Kem Motivasi Mutiara Gemilang SKPU yang dianjurkan oleh UBK telah dijalankan dan anak daraku selamat pulang...aku dan hubby serta dua lagi anak bujangku hantar dan ambilnya.

Monday, May 16, 2011

Guru Penjana Transfomasi Pendidikan Negara

16 Mei Datang lagi
Hari ini, macam biasa tanggal 16 Mei.. sambutan Hari Guru diadakan di sekolah. Dari pagi aku sibuk mengacarakan majlis perasmian dan diikuti dengan acara penyampaian cenderahati dari anak2 didik kepada guru-guru. Walaupun aku tidak mengharapkan hadiah dari anak murid tapi banyak jugalah yang aku usung bawa balik..
Ceritaku kali nie pasal tema hari guru kali ini iaitu Guru Penjana Tranfomasi Pendidikan Negara. Begitu besar tugas dan peranan guru dalam melakukan satu anjakan paradikma pendidikan negara. Tugas ini harus digalas dengan penuh amanah, iltizam dan keikhlasan.
Tapi yang kurang kita edari.. sebenarnya guru sering transfom bila waktu dan masa yang diperlukan. Ya..lah guru secara langsung transform jadi hakim bila anak murid bergaduh... terus transform jadi doktor bila anak murid sakit... dan macam-macam lagilah... cuma belum dengar lagi cikgu tukar jadi kereta ke.. jadi kapal terbang ke atau jagi lori kontena macam dalam siri kartun Transformers ..
Cita pasal transform nie... peristiwa nie berlaku pagi tadi waktu aku rehat dan murid tahap 2 mula rehat... maklumlah hari nie hari guru so semua cikgu pakai baju baru, cantik dan bergaya..Masa aku rehat.. murid-murid beratur untuk membeli makanan.Malangnya kakitangan kantin tak cukup maka murid terpaksa tunggu lama nak beli makanan. Maka satu kejadian transfomasi telah berlaku... tiba-tiba aku lihat GPK HEM yang telah selesai makan bangun dan menceduk nasi lemak untuk anak-anak murid yang sedang menunggu. Dengan baju yang berliplap-liplap PK HEM aku terus bertukar jadi pembantu kantin... Aku tabik spring... pada PK HEM Pn Jema'ah Bt Ismail..
Bukan itu sahaja, guru B&K pun turut turun padang membancuhkan minuman untuk murid-murid.

Besarnya pengorbanan guru... tak sanggup lihat anak muridnya tunggu lama terus transform jadi pembantu kantin.
Moralnya, dari itu marilah kita membawa satu perubahan yang besar kepada pendidikan negara agar kita setanding dengan negara-negara yang lebih maju.

Friday, April 15, 2011

Kasihan Sahabatku....

Lama tak cerita dalam blog nie.. sekarang nie agak sibuk dengan tugas sebagai guru, ibu, isteri dan pelajar... tapi dalam sibuk-sibuk nie aku ada juga masa nak tengok-tengok, jengah-jengah dan tanya-tanya kabor pasal kekawan ku.. ya lah nasib kita tak semuanya sama.. mungkin kita sihat hari ini, mungkin kita ada teman berbicara dan bergaduh hari ini, dan mungkin kita juga sedang kesepian hari ini.segalanya mungkin berubah sekelip mata.. maklumlah dunia inikan sering berputar....
Dalam aku sibuk dengan tugas sebagai pegawai teknikal di Kejohanan balapan dan padang MSSD Klang 2011 yang lalu aku mendapat berita seorang kawanku.. baru sahaja disahkan mengalami kanser usus. Walaupun sebelum nie.. kawanku yang lebih mesra ku panggil kak aziah nie memang ada kencing manis tapi tak sangka pula komplikasi lain pula menyerangnya.. selepas cuti, aku berkesempatan menziarahi kak aziah yang mendapat rawatan di HTAR.. tapi semangat kak Aziah memang kuat.. walaupun sakit tapi beliau tetap melayan kunjungan aku dan kekawan dengan riang. kami sempat berbual dan bergurau... selang tiga minggu aku menziarahi sekali lagi HTAR dan baru-baru ini aku diberitahu, kak Aziah baru sahaja menjalani pembedahan di Hosp. Selayang... Moga kak Aziah cepat sembuh...
Tapi nie lain pula citenya.. kawan aku nie jadi rabun tahap gaban sebab kencing manis.. aku dan kekawan yang lain kesian tengok dia..lama dah sakit..mata tak nampak... operation masalah kornea dah buat... aku tak pastilah berapa kali tapi keadaannya semakin tidak memuaskan. Semangat kawanku ini juga kuat... walaupun matanya tak nampak dan nak mengajar pun tak sesempurna mana.. tapi dia cuba juga mengajar dengan cara hafazan.. kira ok lah tu... tapi yang aku sangat-sangat kagum.. dia nie mahir dalam busnies.. macam-macam perniagaan dilakukan untuk menambah pendapatannya maklumlah kos perubatan kini mahal... jadi perlulah cari alternatif untuk menampung kos yang perlu dibayar..kawan aku nie walaupun tak nampak tapi rajin pergi meeting pasal perniagaannya.. aku yang sihat nie pun tak mampu yang buat macam dia.. ...

cite aku yang nie pulak pasal seorang lagi kawanku yang mesra di panggil Kak N..
masa mula-mula mengajar dulu.. sama-sama dari maktab...biasalah berilah peluang suami melanjutkan pelajaran. Sanggup berkorban menguruskan anak-anak dan rumahtangga untuk memastikan suami berjaya.. tapi bila suami dah ada degree.. mula lah cari isteri lain.. Kak N nie.. tabah orangnya.. walaupun suami cari orang lain dia tetap meneruskan hidupnya dengan semangat baru..bina kembali peluang yang telah dilepaskan/ dikorbankan untuk orang lain.. baru-baru nie.. kak N mendapat tawaran melanjutkan pelajaran.. Tahniah Kak N.. teruskan study..

Moral cite aku nie.. Ingatlah 5 perkara:

Ingat susah masa senang
Ingat sempit masa lapang
Ingat sakit masa sihat
Ingat tua masa muda dan
Ingat mati masa hidup..... sebab kalau dah mati tak ada apa yang perlu diingat selain hisab di alam barkzah.

Saturday, February 26, 2011

Cuti Di Kampung halaman

Kata orang jauh berjalan luas pandangan... so aku dan hubby selalu gak bawa anak-anak g holiday di Malaysia nie.. banyak tempat telah kami sampai.. Langkawi, Teluk Batik, Teluk Cempedak, Cherating, Kuala Terengganu, Pulau Kapas, Pulau Redang, Georgetown, Bukit Merah, orang kata.. dari laut naik ke bukit.. dari gunung pergi ke pulau lah kami round kat Malaysia nie.. Tapi sering kali kita kagum dengan keindahan di tempat orang tanpa kita sedari.. di kampung sendiri pun banyak tempat yang menarik..
Cuti Tahun Baru Cina yang lepas nie.. hubby dan aku fikir nak bawa anak berjalan tapi problemnya cuti hubby aku pendek dan aku pula hanya cuti 3 hari sebab hari Sabtu ada kuliah PJJ... so kami bercadang bawa anak berjalan sekitar Melaka sahaja... tanah tumpah kelahiran hubbyku...selepas beberepa tahun aku dan hubby tak gi kat sekitar Banda Hilir banyak yang berubah.. kalau dulu macam bandar koboi tapi kini dah macam di Bukit Bintang.. atau..ikut kata anak aku yang kedua.. macam kat Vanice ( sbb naik river cruise) Ya.. lah Melaka pun dah diisytiharkan sebagai negeri maju pada tahun 2010 dan mendapat pengiktirafan sebagai bandaraya warisan sejarah..Syabas dan Tahniah kepada Kerajaan Melaka di bawah pentadbiran Ketua Menteri Dato' Ali Rustam...
Balik pasal cerita aku pergi holiday kat kampung hubby aku nie... anak-anak aku punya gembira macam pergi holiday jauh sangat.. tak habis-habis cerita naik menara taming sarilah, naik river cruise lah.....tapi yang seronok sangat sebab si angah sempat bisik kat aku.. ibu, tak payah bawa jauh-jauh.. Melaka nie pun rasa macam dah pergi Vanice... aku seronok bila anak-anak aku gembira dibawa berjalan... walau kat Melaka je.. jimat banyak....

Pengalaman ku .....2

Aku nie selalu juga jadi pengacara majlis untuk majlis kat sekolah.. so bila masa nak buat teks nie lah yang aku paling malas.. tapi inilah perkara yang sangat penting.. so nak tak nak aku kena juga buat...biasalah bila nak buat teks maka banyaklah blog yang aku cuba buka dan copy cara penulis tu buat skrip.. bagus gak.... so aku rasa tak salah juga kalau aku kongsi teks yang aku buat nie dengan sesiapa yang memerlukannya.. bukan niat nak tunjuk pandai kerana aku tahu ramai yang lebih hebat tapi sekadar berkongsi..manalah tahu ada kekawan yang baru pertama kali jadi MC dan kena buat teks so... bolehle copy. Tak salah pun, rasanya kalau yang baik tu bolehlah dikongsi bersama.

Teks Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali Ke 19


8.00 pagi
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Palil, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sementa ke majlis Mesyuarat Agung PIBG SKPU kali ke-19 . Hadirin diminta berdiri.


8.10 pagi

Pembuka tirai majlis kita pada pagi yang berbahagia ini marilah kita bersama menyanyikan lagu Negaraku dan seterusnya bersalawat ke atas junjungan kita Muhammad SAW.


Yang Berhormat Dato’ dan para hadirin dipersilakan duduk.

Bismillah Hiroman Nirohim…
Salam Sejahtera,Salam ukhwah dan salam 1 Malaysia.

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Yang Berhormat Dato’ Dr Haji Abdul Rahman bin Palil, ADUN Sementa,
Yang berusaha Tuan Haji Adnan bin Ali Guru Besar SKPelabuhan Utara,
Yang Berbahagia Encik Aminuddin bin Yusof, YDP PIBG SKPU
Yg dihormati En Abdul Rani bin Daud GPK Kurikulum SKPU
Yg dihormati Pn Jemaah bt Ismail GPK HEM SKPU
Yg dihormati Pn Khodijah bt Alias, GPK Ko-Ku SKPU
Rakan-rakan sepejuang barisan pendidik SKPU, barisan AJK PIBG dan hadirin sekelian. Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Mesyuarat Agung PIBG SKPU Kali ke-19 tahun 2011.


Hadirin yang dihormati,

Tetak buluh panjang sepuluh
Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jejari sepuluh
Doa dipohon biarlah berkat

bagi memohon keberkatan majlis kita pada pagi ini, majlis dengan besar hatinya mempersilakan Ustaz Silauddin bin Ahmad untuk mengetuai bacaan doa. Majlis mempersilakan.



Hadirin yang dimuliakan,

Adat kita menyambut tetamu,
Salam dihulur mesra bertemu,
Hamparkan tikar lebarkan pintu,
Pemanis bicara aluan didahulu


Majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Yang Berbahagia Encik Aminuddin bin Yusof YDP PIBG SKPU.Majlis mempersilakan.

Majlis merakankan ucapkan terima kasih atas ucapan YDP sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan –puan hadirin sekelian,

Tenang-tenang air dilaut
Mudik Kapal menuju haluan
Hadirin yang datang kami sambut
Ucapan guru besar kami persilakan

Sudah menjadi adat, yang datang kami raikan, yang berbudi kami hargai, Justeru majlis dengan besar hatinya mempersilakan yang berusaha Tuan Haji Adnan Bin Ali, Guru Besar untuk menyampaikan ucapan . Majlis mempersilakan

Majlis merakankan ucapkan terima kasih atas ucapan guru besar sebentar tadi.

Warga dewan yang dimuliakan,

Meliuk lentuk bunga melati,
Ditiup angin jatuh berserakan
Ucapan perasmian yang kita nanti
Dipersila YB Dato sampaikan ucapan.

Majlis dengan penuh takzim, menjemput dan mempersilakan YB Dato Haji Abdul Rahman bin Palil, ADUN kawasan Sementa untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis mesyuarat Agung PIBG SKPU kali ke 19. Dipersilakan YB Dato.


Bulan mengambang syahdu dan indah
Menjadi rinduan pujangga seni,
Majlis perasmian terlaksana sudah
Semoga diberkati mesyuarat ini.

Majlis merakankan ucapkan terima kasih atas ucapan perasmian oleh YB Dato sebentar tadi.




Tuan-tuan dan puan –puan hadirin sekelian,

Seperti lazimnya, PIBG semenangnya memberikan keutamaan dan komitmen yang tinggi dalam usaha membantu pihak sekolah meningkatkan pencapaian prestasi akademik anak-anak didik sekolah ini.
PIBG juga tidak lupa men ghargai setiap usaha yang telah dilakukan oleh murid-murid sekolah ini yang mengharumkan nama sekolah. Pada tahun 2010 yang lalu, sekolah ini telah mencatatkan peningkatan dalam pencapaian 5A UPSR bila mana seramai 7 orang murid telah memperoleh 5A dan seramai 7 orang memperoleh 4A 1B.

Menghargai usaha dan penat lelah murid-murid ini mengharumkan nama sekolah, pihak PIBG telah berbesar hati menyumbangkan sedikit cenderahati kepada murid-murid ini.

Bagi menyempurnakan majlis penyampaian cenderahati ini, majlis dengan bangganya mempersilakan Yg berusaha Tn Hj Adnan bin Ali, GB SKPU untuk menjemput dan mengiringi YB Dato Haji Abdul Rahman bin Palil naik ke pentas.

( penyampaian hadiah 5A/ 4A 1B )

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada barisan AJK PIBG sesi 2009-2011 yang tealh menjalankan tugas dengan penuh komited. Dengan itu dipersilakan……

( senarai AJK PIBG )

Yang kurik kendi,
Yang merah saga,
Yang elok budi,
Yang indah bahasa.

Dan sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan, atas kesudian YB Dato menyempurnakan majlis perasmian dan penyampaian cenderahati sebentar tadi, majlis mempersilakan yang berusaha Tuan GB untuk menyampaikan cenderahati kepada YB Dato. Dengan besar hati juga majlis mempersilakan apalah sudi kiranya YB Dato menerima cenderahati dari kami.



Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas penyempurnaan majlis penyampaian cenderahati sebentar tadi.

Maka dengan itu, usai sudahlah majlis perasmian kita pada pagi yang berbahagia ini, majlis dengan ini, mempersilakan Yg berusaha Tn GB dan Yg dihormati YDP untuk menjemput dan mengiringi Yg Berhormat Dato Haji Abdul Rahman bin Palil ke dewan jamuan. Majlis mempersilakan.


Tuan-tuan dan puan-puan ,
Jamuan ringan untuk ibu bapa juga turut disediakan di kantin sekolah. Namun sebelum itu, sukacita saya maklumkan bahawa mesyuarat kita akan dijalankan selepas ini dan tuan-tuan dan puan-puan diingatkan untuk kembali di dewan ini pada jam……………………………………..
Dengan ini majlis mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan untuk ke kantin sekolah untuk menjamu selera. Majlis mempersilakan.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Terima kasih kerana kembali bersama di dewan ini untuk meneruskan agenda mesyuarat kita pada hari ini. Bagi meneruskan mesyuarat hari ini saya mneyerahkan majlis kepada Yg Berusaha GB untuk memperngerusikan mesyuarat.

Hatiku lega... kerja siap

Dah lama juga aku tak update blog nie.. bukan apa.. bila dah mula buka sekolah... maka aktiviti smakin bertambah... tambahan pula anak aku yang sulong akan menduduki UPSR tahun nie... aku ngalabah juga..sibuk hantar anak-anak pergi kelas tambahan, sibuk mengajar kelas tambahan.. tapi apa yang sangat aku harapkan usaha aku nie mendapat keredhaan tuhan.
Cerita bab sekolah nie.. aku pun masih belajar lagi so banyaklah juga kerja kena buat..biasalah assignment.. Alhamdulillah hari nie.. lebih kurang jam 1.30 pagi tadi sempurnalah sudah tugas membuat assignment tu... last touch-up dan ready to submit pada 1 Mac nie.. thanks buat kekawan .. kak su, kak ros, akmal dan nazri yang banyak berkongsi maklumat.. ucapan terima kasih juga kepada pensyarah Tn Hj Ali yg banyak beri tunjuk ajar.. maklumlah aku nie mahasistua..
cerita pasal belajar nie... orang kata " tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China"...jauh tu... dalam sedar atau tidak sebenarnya semakin banyak kita pelajari.. maka kita akan sedar rupanya banyak pula yang kita tak tahuu... Maha Besar Allah... begitu luas rupanya ilmu yang ditaburkan diserata pelusuk dunia ini. sesungguhnya kita nie insan yang sangat kerdil di bumi Allah. Semakin banyak ilmu yang kita gali makin banyaklah ilmu yang kita pelajari... moralnya janganlah kita mendabik dada dengan ilmu yang sedikit ini... apatah lagi ilmu yang tak habis dituntut..Carilah seberapa banyak ilmu tetapi ilmu yang sangat berharga ialah pengalaman sendiri. so kalau tahu teori tak cukup... kena ada pengalaman..

Wednesday, February 2, 2011

Menu bapaku....

Salam sejahtera, salam 1Malaysia...
Semalam aku terima e-mail dari YB Dato' Najib.. ucap Selamat Tahun Baru Cina.. besar hati aku dapat ucapan dari PM yang berjiwa rakyat dan semangat 1Malaysia...Diam tak diam rupanya sudah 33 hari dalam tahun 2011 ini aku lalui, esok.. 3 Februari pula.. masyarakat berbangsa Cina pula akan merayakan Tahun Baru Cina... ucapan selamat Tahun Baru Cina buat teman-teman yang berbangsa Cina..dan selamat bercuti buat semua rakyat Malaysia..
Cerita pasal Tahun baru Cina nie.. aku teringat pada arwah bapaku.. semangat 1Malaysia bukanlah baru dalam keluarga aku kerana bagi arwah bapaku semua perayaan yang dirayakan di negara ini pasti akan diraikan bersama oleh keluargaku.. tak kiralah..Tahun Baru Cina ke... Deepavali ke... waimah Thaipusam juga kami raikan..Semangat 1Malaysia bapaku nie bukanlah bermakna kami rayakan perayaan itu seperti kaum-kaum yang merayakan perayaan tersebut.. tapi uniknya.. setiap kali perayaan kaum-kaum ini bapaku akan memasak juadah sama seperti Hari Raya Aidil Fitri mahupun Aidil adha.. senang cerita setiap kali raya, jaudah dirumahku memang istimewa... bukan apa dah terlanjur cuti so bapaku masaklah untuk anak-anaknya yang balik bercuti...
Cerita pasal jaudah yang selalu dimasak oleh bapaku pula.. bukan setakat ketupat, lodeh dan rendang sahaja.. tapi arwah bapaku memang ada kemahiran memasak Nasi Beryani lauk ayam merah.. menu yang paling aku suka... Arwah bapaku nie bukan sahaja pandai dalam bertukang rumah,(boleh katakan banyak jugalah rumah di kampung aku hasil sentuhan tangan bapaku).. tapi bapaku juga selalu ikut geng memasak kat kampung tu... kalau tak silap aku.. ketuanya Wak Munasir..so bapaku bolehlah masak untuk anak-anaknya terutama akulah yang paling bungsu... Nasi Beryani bapaku memang paling enak aku rasakan.. kini selepas hampir 21 tahun bapaku meninggal.. menu nasi Brayani tetap jadi juadah kegemaranku.. oleh kerana aku suka, selalu jugalah aku singgah makan di JM Beryani yang terletak di Tesco Shah Alam.. rasa nasinya hampir sama dengan menu arwah bapaku... Kesukaan aku nie juga aku kongsi bersama suamiku.. Suamiku juga peminat nasi brayani...lama-kelamaan asyik makan kat kedai.. suamiku suggest kat aku supaya ingat balik resepi yang ditinggalkan oleh arwah bapaku.. so dengan rasa berani bercampur bimbang tak jadi, aku pun trylah masak.. resepinya aku ingat-ingat lupa so aku main campak je bahan yang aku ingat.. First time try.. suamiku puji... sedap tapi ada komen-komen tambahan le..( biasalah macam Adlin Aman Ramli dalam konsert AF)..

Sunday, January 23, 2011

Peristiwa sehari-hari

Bagai kata orang.. Dunia ini adalah pentas dan manusia adalah pelakonnya so hari ini ceritaku berkisar tentang dunia lakonan yang manusia menjadi pelakonnya..ada orang memang pandai membawa wataknya tapi ada juga orang yang tidak selari wataknya dengan penampilan diri.. bukan apa.. aku sebagai wanita biasa,, guru biasa dan ibu yang biasa-biasa sahaja sering tersasar dari watak utama yang sepatutnya aku jalankan.. adakalanya watak memerlukan aku berperwatakan yang sepatutnya tapi seringkali perlu aku seimbangkan dengan persekitaran.. nie cerita lain pulak...cerita manusia disekitar aku yang perwatakannya selalu diluar jangkaan aku.. manusia yang aku kagumi dengan kelemahlembutannya, kesopanan dalam penampilan diri dan tertib dalam tutur kata rupanya hanyalah bertopeng.. menjadi watak utama dalam drama yang diarahkannya sendiri hingga pelakon-pelakon pembantu seperti aku yang biasa-biasa nie menjadi mangsa keadaan. zalim sungguh pelakon utama itu... tapi tak kurang juga ada pelokan yang nampaknya menentang, brutal.. ganas.. tapi rupanya dalam hati ada taman.. sanggup mengalas watak pelakon utama untuk membantu pelakon-pelakon pembantu yang biasa-biasa sahaja seperti aku nie.... tersentuh jiwa dan raga....

Moralnya dalam kehidupan seharian janganlah kita menilai manusia itu dari luaran sahaja tetapi selamilah hati dan budinya.. dan ingatlah buat baik berpada-pada dan buat jahat janganlah sekali....( kena buat banyak kalilah nie.... lu pikirlah sendiri .....)

Monday, January 17, 2011

Teks Majlis Perkahwinan

TEKS MAJLIS RESEPSI

KAPTEN DR NURWAHIDAH BT ZABIDIN
DAN
KAPTEN ADZRUN HISHAM BIN ADNAN

KLANG EXECUTIVE CLUB
25 DISEMBER 2010
BERSAMAAN 19 MUHARRAM 1431



Ketibaan tetamu kehormat.
Hadirin yang dirahmati sekelian, menggumumkan ketibaan tetamu kehormat:

1 Yg Berbahagia Mejar Jeneral Dato’ Dr Sukri Husin & isteri.
2 Yg Berbahagia Bregidier Jeneral Dato’ Dr Ilham Haron & isteri.
3 Yg Berbahagia Bregidier Jeneral Dato’ Dr Hussin Zainal Abidin & isteri
4 Yg Berbahagia Bregidier Jeneral Dato’ Dr Roshidah Ishak & isteri


Sirih junjung berhias indah,
Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.

Dari Raub pergi ke Pekan
Hendak bermalam di Kuala Lipis
Harap hadirin berikan perhatian
Mohon saya memulakan majlis

BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang dihormati Encik Zabidin bin Parman dan Puan Aziah bt Kassim, selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai Kapten Dr Norwahidah bt Zabidin dan pasangannya Kapten Adzrun Hisham bin Adnan,yang berbahagia tetamu kehormat, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan kedua –dua tuan rumah dan kedua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

Bagi pihak tuan rumah, majlis merakamkan ucapan terima kasih dan selamat datang ke majlis resepsi kedua mempelai :
Kapten Dr Norwahidah bt Zabidin dan Kapten Adzrun Hisham bin Adnan




Awal Bismillah kata bermula,
Kalam dimula dengan sejahtera
Semoga diberkati pengantin kita,
Diretui Allah sepanjang masa

Nobat paluan Istana negeri
Keris jagoan bertatah intan
Tepat ketibaan raja sehari
Majlis resepsi kita mulakan

Dif-dif kehormat dan hadirin sekelian, mengumumkan ketibaaan kedua mempelai Kapten Dr Nurwahidah bt Zabidin dan Kapten Adzrun Hisham bin Adnan. Ke Perdana Ballroom, Klang Executive Club, Hadirin diminta berdiri.


Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Jelatik burung Jeladan,
Terbang seiring merentas maya
Sama cantik sama padan
Duduk berganding dihari bahagia

Dipersilakan pasangan pengantin serta tetamu duduk




Allah swt berfirman di dalam surah Al-Rum ayat 21:
Maksudnya

Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan - keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.


Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Tn Haji Khairi Bin Parman iaitu bapa saudara pengantin perempuan. Majlis mempersilakan.
Bacaan doa


Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa oleh Tn Hj Khairi sebentar tadi.

Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga serta tetamu kehormat untuk bersama - sama menikmati hidangan yang telah disediakan.

Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama menikmati juadah enak yang disediakan. kepada tetamu yang baru tiba, saya bagi pihak tuan rumah mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.



Hadirin yang dimuliakan,

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilafaz janji bersatu

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan pada akhir tahun 2005, majlis rumah terbuka panglima di kem kuantan membuka lembaran sejarah, membibitkan rasa ingin menawan hati sang puteri.. Namun pada pandangan kali pertama , adzrun pandai menyimpan debar di hati sehingga petemuan di mess pegawai membuka ruang untuk menyapa gadis yang menjadi idaman hati. Perkenalan sebagai rakan sekerja akhirnya membibitkan rasa percaya dan cinta di antara mereka. Namun takbir tuhan tiada siapa menduga.. sedang cinta mula berbunga.. Adzrun per intah kem di Ipoh tempat baru diarah bertugas .
Namun jarak dan masa tidak menghalang cinta mereka… ikan di laut asam didarat, dalam kuali bertemu jua, Kalau jodoh tidak kemana… selang beberapa bulan Dr wahidah pula menerima arahan yang sama. Sekali lagi mereka bertugas di tempat yang sama. Kesempatan ini tidak dilepaskan untuk mereka lebih mengenali hati budi masing-masing. Namun dugaan datang sekali lagi pabila Adzrun sekali lagi beralih angin bukan meninggalkan wahidah tetapi akur akan perintah… di Kem Mahkota Kluang bakti dicurah..
Jarak yang memisahkan menambahkan resah dan gelisah.. akhirnya kata sepakat menunaikan sunah.. ke jinjang pelamin terdorong arah.


Setelah menyelami hati budi , setelah padu sumpah dan janji , setelah restu keluarga diberi , dalam keberkatan syawal yang lalu mereka telah mengikat tali pertunangan. Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia ini.

Untuk pengetahuan semua, kedua-dua mempelai ini telah selamat diijabkabulkan pada petang semalam iaitu Jumaat, 24 Disember 2010 bersamaan 18 Muharram 1432H di kediaman pengatin perempuan.. dan pada hari yang berbahagia ini mereka diraikan di Klang Executive Club ini.
Sebagai tanda kenangan , terimalah sebuah persembahan khas “ For The Rest of My Life”




Hadirin yang dimuliakan, yang datang kami raikan, yang berbudi kami hargai, bagi menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih,
Dengan itu, majlis mempersilakan Puan Nurhidayah bt Zabidin, adinda pengantin perempuan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Penakik Pisau Raut
Ambil galah batang lintabung
Seludang dijadikan nyiru
Setitik dijadikan laut
Sekepal dijadikan gunung
Alam terbentang dijadikan guru

Demikianlah tadi ucapan terima kasih oleh pihak tuan rumah yang disampaikan oleh Pn Norhidayah. Majlis mengucapkan terima kasih.


Bagi memeriahkan dan menambah serinya majlis, Majlis dengan ini menjemput kedua – dua mempelai untuk acara memotong.

May your marriage mark the beginning of a rich and wonderful shared life,- no matter what life has in store, it will be easier because you will be there for each other.



Pengantin bangun dan memotong kek di meja yg disediakan



Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

Pergi berzanji di pekan pagoh
Beli sekati ikan senohong
Sudah berjanji bersetia tegoh
Jangan dimungkiri bercakap bohong

Dengarlah ini ayah berpesan
Anak menantu, ayah ingatkan
Berkasih sayang sesama insan
Jangan cepat menjadi bosan

Amat garang datuk bentara
Musuh melanggar habis dibenam
Dulu seorang kini berdua
Hidup bersama susah senang

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada ayahanda dan bonda Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis resepsi pasangan Kapten Dr Nurwahidah dan Kapten Adzrun Hisham pada hari yang penuh keberkatan ini.

Limau kasturi dibawa berembun
Selepas diembun dibelah-belah
Menyusun jari ku pohon ampun
Mohon ampun barang yang salah

Selepas diembun dibelah-belah
Dicampur pula gula batu
Mohon ampun barang yang salah
Minta maaaf madah berlalu

Dengan ini, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan kedua pengantin mengambil tempat di pintu utama Dewan untuk mengucapkan terima kasih kepada para tetamu yang akan berangkat pulang.
Hadirin sekelian, tetamu kehormat berangkat meninggalkan majlis.




Pengantin beredar ke pintu utama Dewan

12
Maka dengan ini, usailah sudah majlis resepsi Kapten Dr Nurwahidah bt Zabidin dan pasangannya Kapten Adzrun Hisham bin Adnan. Bagi pihak tuan rumah, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Dengan itu saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.

Pengalaman ku...

Menjadi seorang pengacara majlis bukan lah sesuatu yang enteng.. walaupun aku biasa jadi MC  sejak kat maktab lagi tapi bila dapat satu-satu task tu aku seram sejuk juga..apa lagi kalau tugas ku di luar bidang aku sebagai seorang guru... ala aku nie kan cikgu biasa aje...
la nie aku nak cite pasal pengalamanku jadi MC kat majlis perkahwinan.. bukan wedding biasa tapi nie pasangan angkatan tentera, Dr army ngan Pilot army. Meka nie anak kawan aku kak Azia dan Cikgu Zabidin.. Kak Azia tu dulu PKHEM kat sekolah aku.. memang baik orangnya..skrg nie bertugas sbg PK Kurikulum kat Pulau Indah
Bila aku dapat lamaran kak Azia utk jadi MC majlis anak dia.. aku terkejut gak.. balik tu aku bincang ngan hubby, dan dia pun bagi... green light  .. nie penting sbb dia kena jga anak bila aku wat tugas mcm nie... hubby aku nie sporting... sanggup jaga anak bila aku wat keja-keja luar dgn izin dia...Hubby aku kata.. terimalah kerana aku dah biasa buat keja nie lagipun kak Azia tu kan kawan aku...hubby aku kata dia suka dengar suara aku bila jd MC ada ala-ala DJ kat radio gitu... so aku pun terimalah task kak Azia..
Dalam dua minggu gak aku bersedia, siapkan teks dan buat revision kat internet sbb majlis tu nanti ada
upacara Sword Bearer... nie kan pasangan army.. sblm nie aku buat utk pasangan biasa saja..
Tiba ari majlis tu... aku pun bersedialah walaupun mengacarakan majlis tu orang-sorang tapi sebab ramai kekawan yg datang..( tetamu tu ramai gak yg aku kenal ) so tak lah takut sangat.. macam biasa akupun laksanakanlah tugas aku secara biasa-biasa macam yang aku selalu buat... pengalaman nie biasa je bagi aku sebab ramai lagi orang yang buat luar biasa dari yang aku buat nie....
Kepada pasangan pengantin Kapten Dr Norwahidah Zabidin dan suami Kapten Adzrun Hisham Adnan semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat...dan kepada Kak Azia dan Cikgu Zabidin, tahniah dari kami sekeluarga...