Saturday, February 26, 2011

Cuti Di Kampung halaman

Kata orang jauh berjalan luas pandangan... so aku dan hubby selalu gak bawa anak-anak g holiday di Malaysia nie.. banyak tempat telah kami sampai.. Langkawi, Teluk Batik, Teluk Cempedak, Cherating, Kuala Terengganu, Pulau Kapas, Pulau Redang, Georgetown, Bukit Merah, orang kata.. dari laut naik ke bukit.. dari gunung pergi ke pulau lah kami round kat Malaysia nie.. Tapi sering kali kita kagum dengan keindahan di tempat orang tanpa kita sedari.. di kampung sendiri pun banyak tempat yang menarik..
Cuti Tahun Baru Cina yang lepas nie.. hubby dan aku fikir nak bawa anak berjalan tapi problemnya cuti hubby aku pendek dan aku pula hanya cuti 3 hari sebab hari Sabtu ada kuliah PJJ... so kami bercadang bawa anak berjalan sekitar Melaka sahaja... tanah tumpah kelahiran hubbyku...selepas beberepa tahun aku dan hubby tak gi kat sekitar Banda Hilir banyak yang berubah.. kalau dulu macam bandar koboi tapi kini dah macam di Bukit Bintang.. atau..ikut kata anak aku yang kedua.. macam kat Vanice ( sbb naik river cruise) Ya.. lah Melaka pun dah diisytiharkan sebagai negeri maju pada tahun 2010 dan mendapat pengiktirafan sebagai bandaraya warisan sejarah..Syabas dan Tahniah kepada Kerajaan Melaka di bawah pentadbiran Ketua Menteri Dato' Ali Rustam...
Balik pasal cerita aku pergi holiday kat kampung hubby aku nie... anak-anak aku punya gembira macam pergi holiday jauh sangat.. tak habis-habis cerita naik menara taming sarilah, naik river cruise lah.....tapi yang seronok sangat sebab si angah sempat bisik kat aku.. ibu, tak payah bawa jauh-jauh.. Melaka nie pun rasa macam dah pergi Vanice... aku seronok bila anak-anak aku gembira dibawa berjalan... walau kat Melaka je.. jimat banyak....

Pengalaman ku .....2

Aku nie selalu juga jadi pengacara majlis untuk majlis kat sekolah.. so bila masa nak buat teks nie lah yang aku paling malas.. tapi inilah perkara yang sangat penting.. so nak tak nak aku kena juga buat...biasalah bila nak buat teks maka banyaklah blog yang aku cuba buka dan copy cara penulis tu buat skrip.. bagus gak.... so aku rasa tak salah juga kalau aku kongsi teks yang aku buat nie dengan sesiapa yang memerlukannya.. bukan niat nak tunjuk pandai kerana aku tahu ramai yang lebih hebat tapi sekadar berkongsi..manalah tahu ada kekawan yang baru pertama kali jadi MC dan kena buat teks so... bolehle copy. Tak salah pun, rasanya kalau yang baik tu bolehlah dikongsi bersama.

Teks Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali Ke 19


8.00 pagi
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Palil, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sementa ke majlis Mesyuarat Agung PIBG SKPU kali ke-19 . Hadirin diminta berdiri.


8.10 pagi

Pembuka tirai majlis kita pada pagi yang berbahagia ini marilah kita bersama menyanyikan lagu Negaraku dan seterusnya bersalawat ke atas junjungan kita Muhammad SAW.


Yang Berhormat Dato’ dan para hadirin dipersilakan duduk.

Bismillah Hiroman Nirohim…
Salam Sejahtera,Salam ukhwah dan salam 1 Malaysia.

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Yang Berhormat Dato’ Dr Haji Abdul Rahman bin Palil, ADUN Sementa,
Yang berusaha Tuan Haji Adnan bin Ali Guru Besar SKPelabuhan Utara,
Yang Berbahagia Encik Aminuddin bin Yusof, YDP PIBG SKPU
Yg dihormati En Abdul Rani bin Daud GPK Kurikulum SKPU
Yg dihormati Pn Jemaah bt Ismail GPK HEM SKPU
Yg dihormati Pn Khodijah bt Alias, GPK Ko-Ku SKPU
Rakan-rakan sepejuang barisan pendidik SKPU, barisan AJK PIBG dan hadirin sekelian. Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Mesyuarat Agung PIBG SKPU Kali ke-19 tahun 2011.


Hadirin yang dihormati,

Tetak buluh panjang sepuluh
Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jejari sepuluh
Doa dipohon biarlah berkat

bagi memohon keberkatan majlis kita pada pagi ini, majlis dengan besar hatinya mempersilakan Ustaz Silauddin bin Ahmad untuk mengetuai bacaan doa. Majlis mempersilakan.



Hadirin yang dimuliakan,

Adat kita menyambut tetamu,
Salam dihulur mesra bertemu,
Hamparkan tikar lebarkan pintu,
Pemanis bicara aluan didahulu


Majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Yang Berbahagia Encik Aminuddin bin Yusof YDP PIBG SKPU.Majlis mempersilakan.

Majlis merakankan ucapkan terima kasih atas ucapan YDP sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan –puan hadirin sekelian,

Tenang-tenang air dilaut
Mudik Kapal menuju haluan
Hadirin yang datang kami sambut
Ucapan guru besar kami persilakan

Sudah menjadi adat, yang datang kami raikan, yang berbudi kami hargai, Justeru majlis dengan besar hatinya mempersilakan yang berusaha Tuan Haji Adnan Bin Ali, Guru Besar untuk menyampaikan ucapan . Majlis mempersilakan

Majlis merakankan ucapkan terima kasih atas ucapan guru besar sebentar tadi.

Warga dewan yang dimuliakan,

Meliuk lentuk bunga melati,
Ditiup angin jatuh berserakan
Ucapan perasmian yang kita nanti
Dipersila YB Dato sampaikan ucapan.

Majlis dengan penuh takzim, menjemput dan mempersilakan YB Dato Haji Abdul Rahman bin Palil, ADUN kawasan Sementa untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis mesyuarat Agung PIBG SKPU kali ke 19. Dipersilakan YB Dato.


Bulan mengambang syahdu dan indah
Menjadi rinduan pujangga seni,
Majlis perasmian terlaksana sudah
Semoga diberkati mesyuarat ini.

Majlis merakankan ucapkan terima kasih atas ucapan perasmian oleh YB Dato sebentar tadi.




Tuan-tuan dan puan –puan hadirin sekelian,

Seperti lazimnya, PIBG semenangnya memberikan keutamaan dan komitmen yang tinggi dalam usaha membantu pihak sekolah meningkatkan pencapaian prestasi akademik anak-anak didik sekolah ini.
PIBG juga tidak lupa men ghargai setiap usaha yang telah dilakukan oleh murid-murid sekolah ini yang mengharumkan nama sekolah. Pada tahun 2010 yang lalu, sekolah ini telah mencatatkan peningkatan dalam pencapaian 5A UPSR bila mana seramai 7 orang murid telah memperoleh 5A dan seramai 7 orang memperoleh 4A 1B.

Menghargai usaha dan penat lelah murid-murid ini mengharumkan nama sekolah, pihak PIBG telah berbesar hati menyumbangkan sedikit cenderahati kepada murid-murid ini.

Bagi menyempurnakan majlis penyampaian cenderahati ini, majlis dengan bangganya mempersilakan Yg berusaha Tn Hj Adnan bin Ali, GB SKPU untuk menjemput dan mengiringi YB Dato Haji Abdul Rahman bin Palil naik ke pentas.

( penyampaian hadiah 5A/ 4A 1B )

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada barisan AJK PIBG sesi 2009-2011 yang tealh menjalankan tugas dengan penuh komited. Dengan itu dipersilakan……

( senarai AJK PIBG )

Yang kurik kendi,
Yang merah saga,
Yang elok budi,
Yang indah bahasa.

Dan sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan, atas kesudian YB Dato menyempurnakan majlis perasmian dan penyampaian cenderahati sebentar tadi, majlis mempersilakan yang berusaha Tuan GB untuk menyampaikan cenderahati kepada YB Dato. Dengan besar hati juga majlis mempersilakan apalah sudi kiranya YB Dato menerima cenderahati dari kami.



Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas penyempurnaan majlis penyampaian cenderahati sebentar tadi.

Maka dengan itu, usai sudahlah majlis perasmian kita pada pagi yang berbahagia ini, majlis dengan ini, mempersilakan Yg berusaha Tn GB dan Yg dihormati YDP untuk menjemput dan mengiringi Yg Berhormat Dato Haji Abdul Rahman bin Palil ke dewan jamuan. Majlis mempersilakan.


Tuan-tuan dan puan-puan ,
Jamuan ringan untuk ibu bapa juga turut disediakan di kantin sekolah. Namun sebelum itu, sukacita saya maklumkan bahawa mesyuarat kita akan dijalankan selepas ini dan tuan-tuan dan puan-puan diingatkan untuk kembali di dewan ini pada jam……………………………………..
Dengan ini majlis mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan untuk ke kantin sekolah untuk menjamu selera. Majlis mempersilakan.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Terima kasih kerana kembali bersama di dewan ini untuk meneruskan agenda mesyuarat kita pada hari ini. Bagi meneruskan mesyuarat hari ini saya mneyerahkan majlis kepada Yg Berusaha GB untuk memperngerusikan mesyuarat.

Hatiku lega... kerja siap

Dah lama juga aku tak update blog nie.. bukan apa.. bila dah mula buka sekolah... maka aktiviti smakin bertambah... tambahan pula anak aku yang sulong akan menduduki UPSR tahun nie... aku ngalabah juga..sibuk hantar anak-anak pergi kelas tambahan, sibuk mengajar kelas tambahan.. tapi apa yang sangat aku harapkan usaha aku nie mendapat keredhaan tuhan.
Cerita bab sekolah nie.. aku pun masih belajar lagi so banyaklah juga kerja kena buat..biasalah assignment.. Alhamdulillah hari nie.. lebih kurang jam 1.30 pagi tadi sempurnalah sudah tugas membuat assignment tu... last touch-up dan ready to submit pada 1 Mac nie.. thanks buat kekawan .. kak su, kak ros, akmal dan nazri yang banyak berkongsi maklumat.. ucapan terima kasih juga kepada pensyarah Tn Hj Ali yg banyak beri tunjuk ajar.. maklumlah aku nie mahasistua..
cerita pasal belajar nie... orang kata " tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China"...jauh tu... dalam sedar atau tidak sebenarnya semakin banyak kita pelajari.. maka kita akan sedar rupanya banyak pula yang kita tak tahuu... Maha Besar Allah... begitu luas rupanya ilmu yang ditaburkan diserata pelusuk dunia ini. sesungguhnya kita nie insan yang sangat kerdil di bumi Allah. Semakin banyak ilmu yang kita gali makin banyaklah ilmu yang kita pelajari... moralnya janganlah kita mendabik dada dengan ilmu yang sedikit ini... apatah lagi ilmu yang tak habis dituntut..Carilah seberapa banyak ilmu tetapi ilmu yang sangat berharga ialah pengalaman sendiri. so kalau tahu teori tak cukup... kena ada pengalaman..

Wednesday, February 2, 2011

Menu bapaku....

Salam sejahtera, salam 1Malaysia...
Semalam aku terima e-mail dari YB Dato' Najib.. ucap Selamat Tahun Baru Cina.. besar hati aku dapat ucapan dari PM yang berjiwa rakyat dan semangat 1Malaysia...Diam tak diam rupanya sudah 33 hari dalam tahun 2011 ini aku lalui, esok.. 3 Februari pula.. masyarakat berbangsa Cina pula akan merayakan Tahun Baru Cina... ucapan selamat Tahun Baru Cina buat teman-teman yang berbangsa Cina..dan selamat bercuti buat semua rakyat Malaysia..
Cerita pasal Tahun baru Cina nie.. aku teringat pada arwah bapaku.. semangat 1Malaysia bukanlah baru dalam keluarga aku kerana bagi arwah bapaku semua perayaan yang dirayakan di negara ini pasti akan diraikan bersama oleh keluargaku.. tak kiralah..Tahun Baru Cina ke... Deepavali ke... waimah Thaipusam juga kami raikan..Semangat 1Malaysia bapaku nie bukanlah bermakna kami rayakan perayaan itu seperti kaum-kaum yang merayakan perayaan tersebut.. tapi uniknya.. setiap kali perayaan kaum-kaum ini bapaku akan memasak juadah sama seperti Hari Raya Aidil Fitri mahupun Aidil adha.. senang cerita setiap kali raya, jaudah dirumahku memang istimewa... bukan apa dah terlanjur cuti so bapaku masaklah untuk anak-anaknya yang balik bercuti...
Cerita pasal jaudah yang selalu dimasak oleh bapaku pula.. bukan setakat ketupat, lodeh dan rendang sahaja.. tapi arwah bapaku memang ada kemahiran memasak Nasi Beryani lauk ayam merah.. menu yang paling aku suka... Arwah bapaku nie bukan sahaja pandai dalam bertukang rumah,(boleh katakan banyak jugalah rumah di kampung aku hasil sentuhan tangan bapaku).. tapi bapaku juga selalu ikut geng memasak kat kampung tu... kalau tak silap aku.. ketuanya Wak Munasir..so bapaku bolehlah masak untuk anak-anaknya terutama akulah yang paling bungsu... Nasi Beryani bapaku memang paling enak aku rasakan.. kini selepas hampir 21 tahun bapaku meninggal.. menu nasi Brayani tetap jadi juadah kegemaranku.. oleh kerana aku suka, selalu jugalah aku singgah makan di JM Beryani yang terletak di Tesco Shah Alam.. rasa nasinya hampir sama dengan menu arwah bapaku... Kesukaan aku nie juga aku kongsi bersama suamiku.. Suamiku juga peminat nasi brayani...lama-kelamaan asyik makan kat kedai.. suamiku suggest kat aku supaya ingat balik resepi yang ditinggalkan oleh arwah bapaku.. so dengan rasa berani bercampur bimbang tak jadi, aku pun trylah masak.. resepinya aku ingat-ingat lupa so aku main campak je bahan yang aku ingat.. First time try.. suamiku puji... sedap tapi ada komen-komen tambahan le..( biasalah macam Adlin Aman Ramli dalam konsert AF)..