Thursday, June 6, 2013

Cameron tidak lagi sejuk




Cuti sekolah bermula... maka perjalanan cikgu adiq pun bermula... kaki ni pantang ada cuti nak berjalan saja... tapi kali nie cikgu adiq bukan pegi dengan Family ... kali nie ikut rombongan Pak Said pergi ke Cameron Highlands.. rombongan dgn bebudak sekolah..ha..ha..ha.. nie le kerja cikgu time cuti...bawa anak2 murid yg tidak pernah gi berjalan tmpt2 menarik.. Best gak lawatan nie... maklumlah geng yg gi pon ok, kak anje, ijan dan anak2, mek na, ct zue & mummy serta Zamri cool diketuai oleh Abg Haji .
Sepanjang perjalanan yang bermula jam 11.30 malam bertolak dari sekolah mmg menerujakan... dalam bas mata tak mahu lelap.. sayup2 kedengaran denguran abg dan kak yg telah melelapkan mata... bebudak pulak teruja sangat dan agak riuh dalam bas... so mata nie melayan je pemandangan malam yg gelap sepanjang perjalanan... Jam menunjukkan kol 2.30 pagi... bas berhenti rehat di R&R Tapah... masa nie dah rasa sejuk... mungkin aircond dlm bas terlalu kuat... so dengan bertemankan anak sulungku .. cikgu adiq mencari minuman panas dan beli kacang rebus yg masih panas.... ops.. lupa pulak... semua anak2 cikgu adiq pun join trip nie so hubby je yg x dpt nak ikut....
                   Meneruskan perjalanan menaiki Cameron melalui Simpang Pulai pd waktu awal pagi nie tidaklah begitu bahaya.. kenderaan pon x lah banyak... suhu sejuk mula mengigit tulang..cikgu adiq mula menyarungkan baju panas selain membalut diri dgn selimut yg mmg dibawa dari rumah... Jam 5.30 pagi... kami tiba di Masjid Jamek Cameron... beberapa kumpulan rombongan lain  juga telah berada di situ... suhu pd waktu pagi nie mmg sejuk.. ak ambil air sembahyang pon sejuk... so niat nak mandi terus dibatalkan... cuma gosok gigi je...
                   Menjelang kol 7.30.. suhu sudah mula ok.. tidaklah sesejuk awal subuh tadi... kami meneruskan perjalanan ke Mardi dan bersarapan pagi di sana.. Suhu yg dingin semakin berkurangan ... cikgu adiq dah terasa macam biasa sahaja.. Menghabiskan masa di Mardi sepanjang pagi ni.. mmg menyeronokkan melihat pelbagai jenis bungaan dan sayuran... melihat jam ditangan menunjukkan kol 9.30 pagi cikgu adiq rasa suhu dingin sudah tiada lagi... peluh mula terasa di beberapa bahagian badan... walaupon masa tu baju panas dah ditanggalkan... mungkin sbb byk berjalan so peluh mula keluar...
            Jam 11.30 pagi kami menuju ke Ladang Teh Cameron Bharat... pemandangan yag sangat mengasyikkan... ladang yg menghijau saujana mata memandang..sempat juga cikgu adiq bisikkan kat anak2 murid... catatkan apa2 yg kamu lihat agar boleh digunakan semasa pembelajaran..Ketika nie suhu sejuk yg digambarkan berada di tanah tinggi tidak lagi cikgu adiq nikmati... cuaca semakin panas... berdiri di tengah ladang teh sama seperti berdiri di tgh padang bola waktu tghari... mungkin kurang sikit kot panasnya...tak pasti pulak.. suhu ketika itu berapa darjah celcius... tapi yang pasti Cameron tidak lagi sesejuk dahulu....Seterusnya ... menghabiskan masa petang di Ladang Strawberi dan pasar Brinchang... suhu mula sejuk sedikit kerana hujan rintik2.... namun oleh kerana berjalan mendaki ladang strawberi dan berpusu2 di pasar Brinchang maka suhu dingin tak berapa nak rasa.... agak hangat juga hingga berpeluh juga di beberapa bahagian yg tertutup....Jam 5.30 petang bas mula bertolak balik ke Klang... sempat singgah lagi di R&R Tapah untuk mandi dan solat Maghrib.... maklumlah dari pagi tak mandi.. hi..hi..hi...Akhirnya singgah di R&R Ulu Bernam utk beli Pau Tanjung Malim yg terkenal dan zzzzzzz... dlm bas hingga tiba di sekolah....